Friday, 16 November 2012


PERCUTIAN SINGKAT DI PULAU REDANG 05/10/2012

                               ada gaya penyelam profesional tak??hihi...

LOOK AT THE VIEW BELAKANG! MCM LUKISAN KN?..SGT CNTIK..:)

pnat...muka pn dah jd biru..haha

bersama guide ktorg yg sgt byk mmbntu..kalau tdk,mmg dah lama lemas ;p


1 words: AWESOME!
tenang......

pasir putih tepi pantai...


aktiviti mlm stlh pnat menyelam di siang hari: makan!!!
NexT Location: ABC di dpn warung home stay


this is home stay yg ktorg sewa..quite cheap i think



smpt snap pic dlm feri : harga n contact no yg bleh dihubungi jika berminat nk pegi p.redang
this is not a promotion ok :) sbb sy pn xkenal nama d atas..
pakej yg ktorg ambil lain dr pic d atas..


1 OF THE VIEW THAT I LOVE THE MOST :)


~santai~



ADIOS REDANG ISLAND...
INSYA ALLAH 1DAY I WILL COMING BACK :)

Thursday, 15 November 2012

SO SOON

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever
Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon
Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever
CHORUS
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

lagu maher zain 'so soon' yg menjadi tema blog ini selalu bermain di fikiran apabila merindui arwah ayah yang telah pergi menemuiNya setahun yang lepas. terlalu cepat masa berlalu...semuanya bagaikan baru berlaku semalam..'setiap yg hidup pasti akan mati'...kata-kata itulah yang selalu ku ingatkn pada diri sendiri..tapi aku tetap manusia biasa yg lemah..yg kadang menangis bila mengenangkan semua kenangan bersama arwah..bukan tidak ikhlas denga pemergiannya tp rasa rindu yg terlalu menebal dlm hati..dan rasa itu cuma hanya akan di fahami oleh mereka yg pernah kehilangan ayah ataupun ibu..
terlalu banyak yang ingin aku tulis mengenai arwah tetapi aku sendiri tdk mampu menulis tanpa mengalirkan airmata :'(..kasih sayang, pengorbanan arwah terlalu banyak dan besar... Ya Allah..sayangi dia sebagaimana dia menyayangiku Ya Allah...semoga Engkau memberikan tempat yg tebaik utknya di sisiMu Ya Allah....Aku sangat rindukan dia Ya Allah.... :'(

Sunday, 4 November 2012


Ku renung pada langit yang kebiruan..Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina.
Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun, seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa. 
Ya Allah, aku merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri. Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi kepadaku.
Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?
Ku akui, amat susah untuk meninggalkan perkara yang sudah menjadi tabiat. Maksiat itu seakan sebati dengan diriku. Saat aku melakukannya, tiada rasa dosa dan bersalah di dalam diriku. Meskipun ia suatu kemungkaran, kerana sudah terbiasa.., ku fikirkan banyak lagi masa untuk bertaubat.
Hakikatnya aku sedar ya Allah... Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. sehinggakan pada suatu masa nanti.. sudah tidak mampu lagi untuk bertaubat kerana kesakitan menghadapi sakaratul maut. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.
Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal? Sedangkan peluang dan masa ku tiada lagi untukku. Aku tidak mahu ya Allah.. Sungguh aku tidak mampu menanggung seksa azab-MU kerana sakit yang kualami kini pun sudah tidak tertanggung sakitnya. Ini baru ujian di dunia. Apakah di akhirat nanti ku akan menerima azab yang lebih peritnya?
Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  betapa kerdilnya diri ini.

Wahai teman..
Apakah kau masih alpa seperti diri ini jua? Berubahlah.. kerana sahabatmu ini sayangkan dirimu. Dan kerana itulah, aku tidak mahu apa yang berlaku pada diriku, juga terjadi kepadamu. Gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada untuk mendekatkan dirimu kepada Allah.
Untuk diriku dan dirimu, ingatlah "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri". Saat ini, aku berusaha untuk mengubah diriku dan aku ingin membawa mu bersama-samaku. Ya, bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah.
Doakan aku teman...
~iluvislam.com~



Thursday, 1 November 2012

                                                   


                ♫ If you keep on believing, the dream that you wish will come true. ♫