Thursday, 5 September 2013

September...sekali lagi dugaan berat datang menyapa dalam hidupku setelah aku kehilangan ayah...
tidak pernah terfikir malah tidak pernah menduga dugaan sebesar ini akn hadir dalam hidup insan yang lemah ini...adakah aku terlalu lemah sehingga Allah mengirimkan ujian dan dugaan ini untuk membuat ku lebih kuat menghadapi hidup??atau adakah aku terlalu kuat di mata Allah dan memilih aku untuk di uji dan berdepan dengan dugaan dan ujian ini??DIA maha mengetahui segala2nya...

'Ya Allah aku ikhlas menerima takdir hidupku ini'...........

 Lindungilah keluarga ku walau di mana mereka berada kini......Lindungi mereka untukku Ya Allah...

Jauhkan mereka daripada fitnah dan niat buruk manusia....Sesungguhnya Engkau lah sebaik2 pelindung...

Ku menanti pertolongan dari MU......




La-Tahzan


Wednesday, 24 July 2013

Tinggi2 Gunung Kinabalu, Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu Semua :)
~18/07/2008~

Titik permulaan pendakian..penuh semangat dan debaran


@Laban Rata

Bas yang digunakan utk menghantar kami ke starting point

Semua org kesejukan tp msih mampu mengukir senyuman

Can u see the big shadow of Mt.Kinabalu??

Pose 'Ketinggalan Dibelakang'

Bersama Linda sahabat dr Sarawak yg setia disisi ku saat yg lain telah pergi mendahului kami :P
S.A.H.A.B.A.T


time to say goodbye to Mt.Kinabalu

Akhirnya kau berjaya ku tawan Mt.Kinabalu! :)

MAAF GAMBAR TIDAK MENGIKUT PLOT CERITA :p

p/s: SubhanaALLAH!!(perkataan pertama keluar dari mulut apabila sampai di puncak kinabalu) terlalu indah ciptaan Ilahi dan terasa terlalu kerdil diri ini apabila berdiri di puncak kinabalu memandang pemandangan yg luas terbentang..semuanya terlalu sempurna hinggakan airmata berlinang tanpa disedari saat menikmati pemandangan terindah yg pernah ku lihat..Maha Besar Engkau Ya Allah yg menciptakan langit dan bumi..

Friday, 17 May 2013

catatan 17/05/2013
'AKU RINDU DIA'

melihat rantai yg dipakai dileher tertera ukiran nama 'MARWAH' membuat aku rasa rindu pada arwah ayah..rantai ini di buat khas oleh arwah ayah untukku semasa baru lahir...aku jarang pakai rantai ni sbb rasa terlalu sayang dan takut hilang..rantai ini sangat bermakna...aku tak sanggup kehilangan rantai ini sama seperti kehilangan arwah ayah..

aku tau arwah milik Allah,hanya di pinjamkan kepada kami sekeluarga buat seketika....tp tiap kali rasa rindu hadir dalam diri, airmata sentiasa menjadi teman setia..terasa arwah terlalu dekat denganku dan seolah-olah dia ada di sebelah memerhatikan...

aku berdoa pada Allah semoga arwah ayah di tempatkan bersama org2 yg beriman...AMIN....

p/s: tlg jagakan dia Ya Allah untukku sehingga sampai masa aku berjumpa dengannya ...semoga kami dipertemukan di JannahMu.........


Friday, 10 May 2013

11hb May 2013..

semenjak dua menjak ini terasa masa amat mencemburui aku...
terlalu banyak yg bermain di fikiran hinggakan adakalanya mengganggu tidur...
banyak perkara yang ingin di kongsikan tetapi pada siapa?padaNYA sajalah berkongsi segala rasa dan beban di hati..bukan untuk mengeluh..tetapi aku juga manusia biasa yg tdk selamanya kuat...perlu berkongsi rasa pada yg Maha Mendengar dan Memahami..

banyak lagi yang ingin dicoretkan disini tetapi bagaimana utk menulis dalam bntuk kata-kata aku sdri tdk tahu...rasa yg tdk dpt dikongsi dgn sesiapa kecuali DIA, pemilik Hati ini..pemegang kunci segala rahsia hati..


Catatanku Diduniaku Sendiri
2.43am,KK

Monday, 11 February 2013

SETIAP GAMBAR ADA LAGUNYA...











"Kehidupan adalah suatu perjalanan panjang yang perlu dilalui oleh setiap manusia dengan betul supaya kelak akhirnya sampai ke matlamat yang benar,"



Sumber: Album Cameron Highland's Trip
TERIMA KASIH KEPADA KWN2 SUDI MENJADIKAN TRIP NI 1 KENYATAAN :)







Saturday, 19 January 2013




Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia 
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia 
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri 
Sudah sunnah ketetapan ilahi 

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka 
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya 
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi 
Tiada sudahnya dunia yang dicari 

Begitu indah dunia siapa pun tergoda 
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa 
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai 
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi 

Pulanglah kepada tuhan 
Cahaya kehidupan 
Keimanan ketaqwaan kepadanya 
Senjata utama 

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati 
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti 
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba 
Hidup akhirat kita kekal selamanya