Friday 17 May 2013

catatan 17/05/2013
'AKU RINDU DIA'

melihat rantai yg dipakai dileher tertera ukiran nama 'MARWAH' membuat aku rasa rindu pada arwah ayah..rantai ini di buat khas oleh arwah ayah untukku semasa baru lahir...aku jarang pakai rantai ni sbb rasa terlalu sayang dan takut hilang..rantai ini sangat bermakna...aku tak sanggup kehilangan rantai ini sama seperti kehilangan arwah ayah..

aku tau arwah milik Allah,hanya di pinjamkan kepada kami sekeluarga buat seketika....tp tiap kali rasa rindu hadir dalam diri, airmata sentiasa menjadi teman setia..terasa arwah terlalu dekat denganku dan seolah-olah dia ada di sebelah memerhatikan...

aku berdoa pada Allah semoga arwah ayah di tempatkan bersama org2 yg beriman...AMIN....

p/s: tlg jagakan dia Ya Allah untukku sehingga sampai masa aku berjumpa dengannya ...semoga kami dipertemukan di JannahMu.........


Friday 10 May 2013

11hb May 2013..

semenjak dua menjak ini terasa masa amat mencemburui aku...
terlalu banyak yg bermain di fikiran hinggakan adakalanya mengganggu tidur...
banyak perkara yang ingin di kongsikan tetapi pada siapa?padaNYA sajalah berkongsi segala rasa dan beban di hati..bukan untuk mengeluh..tetapi aku juga manusia biasa yg tdk selamanya kuat...perlu berkongsi rasa pada yg Maha Mendengar dan Memahami..

banyak lagi yang ingin dicoretkan disini tetapi bagaimana utk menulis dalam bntuk kata-kata aku sdri tdk tahu...rasa yg tdk dpt dikongsi dgn sesiapa kecuali DIA, pemilik Hati ini..pemegang kunci segala rahsia hati..


Catatanku Diduniaku Sendiri
2.43am,KK